Friday, 5 June 2015

ADIK ANIS DALAM MINGGUAN WANITA LAGI.....

RETIS KAN CIK ADIK ANIS

Assalamualaikum #AdikAnisLovers

Jangan tak percaya Cik Adik Anis keluar dalam MINGGUAN WANITA lagi tau.. Pergghhh famous kan Cik Adik Anis sekarang (meh kertas Cik Adik Anis kasi autograf).. hehehehhehee.. 

Kalau korang semua nak tahu Cik Adik Anis rasa terinspirasi sangat dengan kejayaan Kak Anis CMC. Kalau boleh Cik Adik Anis pun harap company Cik Adik Anis dapat berjaya suatu hari nanti. Sambil tu, dapatla Cik Adik Anis bantu semua agen yang inginkan pendapatan tambahan. Apa kata pepatah tu di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Cover majalah MINGGUAN WANITA JUN 2015

Tapi, Cik Adik Anis nak kasi tahu yang pengambaran majalah ni telah berlangsung hampir setahun yang lalu. Jadinya banyak juga perkembangan yang telah berlaku dalam kilang Cik Adik Anis ni. Macam sekarang Adik Anis Cakes dah dapat sijil MeSTi, dan alhamdulillah sekarang tempahan yang telah diterima pun semakin banyak sampaikan Cik Adik Anis tak menang tangan nak siapkan tempahan tau.

Eh! Eh! Cik Adik Anis terperasan ada kesilapan dalam penulisan dalam majalah tu. Sepatutnya keluaran kami adalah seribu untuk sehari bukannya seribu untuk sebulan. hehehhee.. Lagi satu, kilang Cik Adik Anis bukannya 'dekat dengan kedai kek saya' tapi kilang Cik Adik Anis dekat dengan rumah boss Cik Adik Anis, En. Abdul Hai dan Pn. Sophia Munirah. hehehhee.. Biasala tu manusia yang buat kan tak lepas dari kesilapan. Tak apa Cik Adik Anis maafkan. huhuhuhuu

Dari kanan adik Adam Arif, Pn. Sophia Munirah, Pn Mas Hanum dan Pn Ayifa Laila

Amboii sedapnyaaa kek ttuuuuu.. Minta siket... ehehhehe
So, kalau korang nak tahu cerita yang selanjutnya belilah majalah MINGGUAN WANITA keluaran JUN 2015 ni. 

Wassalam.

Thursday, 4 June 2015

TEMPAHAN KEK AIDILFITRI

KEK EDISI TERHAD AIDILFITRI


TERLIUR DENGAN KEK KELUARAN ADIK ANIS?
INGIN MERIAHKAN LEBARAN TAHUN INI DENGAN LEBIHHHHHHH MENGUJAKAN??
TAPI....
TIDAK PUNYAI BAJET DAN IDEA?
ADIK ANIS ADA JAWAPANNYA!!!!

Assalamualaikum #AdikAnisLovers..

Amboi caption Cik Adik Anis kat atas tu over betulkan. hehehheeee.. Korang rasa teruja ke? Apa tak teruja? Sampainya hatiii korang.. sob sob sob Tapi, tak pe Cik Adik Anis tak nak merajuk lelama. Buang karan je bukan korang nak pujuk pun.. hehehhehe..

Ya Allah.. Lamanya Cik Adik Anis tak update blog niiiiii..... Berhabuk sungguh nampaknya. Maklumlah sekarang kan zaman dah moden teknologi pun dah makin canggih dan maju. Macam-macam cara yang boleh digunakan untuk sampaikan maklumat dengan lebih pantas dan MURAH! Sampaikan blog pun Cik Adik Anis lupa nak update. hehehhehe.. Tapi, demi peminat fanatik Cik Adik Anis, Cik AA tulis juaaaaaa..... (bajet retis betul)

Baiklah, korang mesti dah tengok kan entry Kek Aidilfitri Cik Adik Anis yang lepas kan. Kalau belum klik sini yea..... Untuk entry kali ini Cik Adik Anis nak kasi tawaran menarik untuk semua peminat kek Cik Adik Anis.  Kalau Kek Aidilfitri perlu diambil sendiri di kedai, KEK EDISI TERHAD ini boleh dihantar ke mana-mana. Plus ada SAMPUL AIDILFITRI PERCUMAAAAAA menanti anda..

Tempahan Kek Edisi Terhad Aidilfitri 

Nak tahu macam mana caranya? Ikuti 3 langkah mudah ini:

1) Whatsapp TEMPAHAN ke 018-396 3930 
2) BAYAR dan hantar BUKTI pembayaran 
3) Kek SAMPAI bersama SAMPUL AIDILFITRI anda

Tapi, penerimaan sampul aidilfitri ini hanya terhad kepada pembelian 5 biji kek bagi berat 1/2 kg dan ke atas sahaja tau.

Comelkan SAMPUL AIDILFITRI ADIK ANIS ni kaaaannn..

Close up siket
Jadi tunggu apa lagi?
JOM LAAAAAAAA ORDER CEPAT
**selagi stok masih ada**

Wassalam.