Saturday 14 March 2015

#RESEPIRAHSIA KEK COKLAT INDULGENCE

ANDA PUN BOLEH HASILKAN!


Assalamualaikum #AdikAnisLovers.

Macam yang Cik Adik Anis dah janjikan pagi tadi, malam ni Cik Adik Anis nak kongsikan #resepirahsia kek coklat indulgence yang semua pun pasti menggemarinya. Cik Adik Anis pun suka sangat. Walaupun perut dah kenyang tapi bila disorong kek coklat indulgence pasti Cik Adik Anis takkan tolak. Maklumlah favorite cake Cik Adik Anis ni. hehhehee. 

Sebelum Cik Adik Anis kongsikan bahan-bahan dan cara membuatnya, Cik Adik Anis nak share dulu gambar-gambar kek coklat indulgence yang Cik Adik Anis dah hasilkan.

Kek seberat 1 kg sebelum deko


Selepas deko

Kek seberat 100 gm

Amacam ada rasa teringin nak buat tak? Kalau teringin boleh lah ikut #resepirahsia yang Cik Adik Anis nak share kan ni.

Bahan-bahan (topping) :
- 50 gm coklat bar/ coklat keping
- 250 gm krim keju
- 30 gm krim well
- 80 gm gula aising
- 2 sudu kecol esen vanila
- sedikit susu penuh krim (mengikut kecairan yang dikehendaki)

Cara membuat :
- Puluk krim keju, esen vanila, krim well dan gula aising hingga kembang dan sebati
- Masukkan susu penuh krim sedikit demi sedikit sehingga dapat kecairan yang dihendaki
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian iaitu, A dan B
- Bahagian A dicampurkan dengan coklat yang sudah dicairkan menggunakan kaedah double boiler. Kacau sehingga sebati.

Bahan A :
- 250 gm tepung gandum
- 70 gm serbuk koko
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 250 gm gula
- 1 sudu kecil garam

Bahan B :
- 4 biji telur gred A
- 325 ml minyak masak
- 127 ml susu pekat
- 1 sudu besar esen vanila
- 100 ml air panas (ikut tahap kelembapan yang dikehendaki)

Cara membuat :
- Ayak bahan A
- Pukul dan masukkan telur, gula, garam, minyak masak dan esen vanila sehingga sebati
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga sebati
- Campurkan bahan kering dan air panas secara berselang seli sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.
- Masukkan adunan dalam loyang atau bekas plastik. Kukus selama 40-50 minit untuk loyang bersaiz besar. 20-30 minit untuk loyang bersaiz kecol
- Pastikan loyang atau bekas plastik ditutup supaya air kukusan tidak masuk ke dalam adunan kek semasa mengukus
- Tuang adunan topping B selapis diikuti adunan topping A selapis ke atas kek. Deko kek mengikut citarasa
- Sedia untuk dihidang

See senang je kan. Hanya sejam dan hasilnya sangat memuaskan hati kan!

Untuk entry akan datang Cik Adik Anis akan share kan #resepirahsia kek mentega keju! Nantikan ya!

#TIPSADIKANIS
Jangka hayat kek boleh dipanjangkan namun ia bergantung kepada cara penyimpanan kek tersebut. Untuk memastikan kek dapat bertahan selama seminggu balut kek dengan kertas aluminium atau pembalut plastik. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Jika anda ingin menggunakan kek tersebut, kukus semula kek yang telah disimpan, deko dan hidang!

SELAMAT MENCUBA!

Fihifzillah. Wassalam.

No comments:

Post a Comment