Friday 13 March 2015

MeSTI! MeSTI! MESTILAH #ADIKANISCAKES

#ADIKANIS DAH ADA MeSTI

MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI


Assalamualaikum #AdikAnisLovers.

Pagi Jumaat yang mulia ini, Cik Adik Anis nak cerita dekat semua yang sekarang ini #adikaniscakes dah dapat sijil MeSTI secara rasmi dua minggu yang lalu tau. Alhamdulillah. Tapi, kenapa Cik Adik Anis nampak macam ada yang berkerut dahi tu? Eh! Eh! Ada yang tak tahu apa itu MeSTI? Tak apa meh Cik Adik Anis share apa yang Cik Adik Anis tahu pasal MeSTI ini.

MeSTI adalah akronim kepada Makanan Selamat Tanggungjawab Industri. Skim MeSTI memberi kemudahan kepada enterpris makanan terutamanya Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Secara ringkasnya, Cik Adik Anis boleh rumuskan yang Skim MeSTI ini adalah sijil asas pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada syarikat industri makanan. 

Ini adalah logo rasmi MeSTI dari KKM.


Dan ini adalah Sijil MeSTI daripada KKM kepada Cik Adik Anis. Eh kepada Adik Anis Cakes lah! hehehehhee. 


Selain daripada sijil MeSTI, #adikaniscakes juga menggunakan logo Muslim Products. Macam yang dekat bawah ni. Logo ini memberi erti yang produk tersebut telah dihasilkan oleh orang muslim. InshaAllah terjamin keselamatnya. 

Cik Adik Anis tahu mesti ada antara #AdikAnisLovers yang tertanya-tanya #adikaniscakes ni tak ada sijil HALAL ke? Jangan risau, sekarang ni #adikaniscakes sedang berusaha memohon sijil HALAL. Cik Adik Anis harap semua #AdikAnisLover dapat doakan semoga #adikaniscakes cepat-cepat dapat sijil HALAL yea. Tapi walaupun #adikaniscakes masih belum dapat sijil HALAL, Cik Adik Anis nak tekankan disini yang bahan-bahan digunakan adalah HALAL yea. InshaAllah.

Oh! Cik Adik Anis nyaris terlupa nak ucapkan TAHNIAH kepada Kak Munirah (Boss) atas kelahiran anak kelima beliau pada 28 Februari 2015 yang lepas. Kiranya tarikh 28 Februari ini tarikh gembira buat semua Cik-cik Adik Anis sebab Kak Munirah selamat lahirkan anak dan #adikaniscakes secara rasmi mendapat sijil MeSTI. Alhamdulillah.

Rasanya sampai disini sahaja entry Cik Adik Anis. Fihifzillah #AdikAnisLovers.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment