Tuesday, 10 March 2015

RAHSIA KEK RED VELVET SUPER SEDAP KINI TERBONGKAR!!!

RED VELVET CAKE SPECIALIST

IN THE HOUSE

LUAHKAN RASA CINTA ANDA KEPADA TERSAYANG!


Assalamualaikum... Hi semua.
Harini Cik Adik Anis rasa seronok sangat sebab Cik Adik Anis nak kongsi dengan korang semua rahsia resepi kek red velvet yang sure sedap menjilat jari. Tak susah pun. Senang je. Tak perlu bakar hanya kukus sahaja. PERCAYALAH cakap Cik Adik Anis ni. Korang mesti takkan menyesal. Heheehhee..

Sebelum Cik Adik Anis kongsi rahsia kek red velvet yang enak ni, Cik Adik Anis nak kongsi dahulu pengalaman CIk Adik Anis masa mula-mula dulu buat kek. Alaaa Cik Adik Anis tak adalah mahir sangat pun tapi berkat usaha Cik Adik Anis yang gigih berusaha dan cekal menghadapi kritikan (ayat nak retis je hahhahaha). Lepas beberapa kali percubaan CIk Adik Anis dah terror tau. So, kalau CIk Adik Anis boleh, korang pun mesti BOLEH punyalah!

Memula bahan-bahan yang korang perlukan untuk membuat topping keju red velvet:

1) Bahan A (topping keju)
- 250 gm krim keju
- 30 gm krimwell
- 80 gm gula aising
- 2 sudu kecil esen vanilla
- sedikit susu penuh krim

Cara membuat :
- Pukul krim keju, esen vanilla, krimwell dan gula sehingga kembang dan sebati.
- Masukkan susu penuh krim sedikit demi sedikit sehingga mendapat kecairan yang dikehendaki.
- Perlu diingati, semakin banyak susu penuh krim dimasukkan semakin cair keju topping keju… yummmeeeyyyyyhhhh..

2) Bahan B (adunan kek)
- 500 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 10 gm serbuk koko
- 400 gm gula
- 1 sudu kecil garam

3) Bahan C
- 400 ml minyak atau mentega yang dicairkan
- 4 biji telur Gred A
- 1 sudu kecil strawberi emulco
- 2 sudu besar pewarna merah
- 100 ml buttermilk
- 10 ml air panas (ikut tahap kelembapan yang dikehendaki

Cara membuat:
- Ayak bahan kering (tepung gandum, soda bikarbonat, sebuk koko)
- Masukkan telur, minyak, garam dan gula ke dalam bekas bersih serta pukul hingga sebati
- Kemudian masukkan minyak, strawberi emulco, pewarna dan buttermilk serta dipukul sehingga sebati
- Secara berselang seli, masukkan bahan yang telah di ayak ke dalam adunan bersama dengan air panas
- Setelah pasti sebati, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang atau bekas plastik
- Kukus selama 40-50 minit untuk loyang besar atau 20-30 minit jika loyang yang digunakan adalah kecil 
- Jangan lupa tutup loyang tersebut bagi mengelakkan air kukusan tidak masuk ke dalam kek
- Hias kek yang telah dikukus dengan topping keju yang telah di buat sebelum ini.

DAN Taraaaa!!! Inilah kek red velvet yang Cik Adik Anis dah hasilkan.


Sedapkan bila tengok. Meleleh air liur dibuatnya. So korang tunggu apa lagi? Cubalah resepi kek red velvet yang Cik Adik Anis kongsikan ini.


#TIPSADIKANISCAKES
Pilih telur bersaiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA. Telur hendaklah berada pada suhu bilik sebelum digunakan dalam pembuatan kek. Pecah telur sebiji demi sebiji dalam bekas lain sebelum digunakan untuk mengelakkan terkena telur busuk atau tidak segar.

INILAH RAHSIA KEK SUPER SEDAP KAMI DI ADIK ANIS!
SELAMAT MENCUBA!!!

1 comment: