HOW TO BE OUR AGENT


CARA MENJADI AGEN BARU KAMI !

1. Pengambilan Produk Sendiri Dari Kilang Kami
Syarat : Minimum 30 pieces sahaja
Boleh campur2 flavour. Ada 13 jenis flavour.

2. Penghantaran Produk kepada Agen
Syarat : Minimum 100 pieces sahaja
(a) Penghantaran dekat dijalankan oleh transporter kami
(b) Penghantaran jauh dihantar melalui bas ekspress dari Kajang

** Harga kek untuk agen boleh dilihat di ruangan SIZE & PRICES 

GARIS PANDUAN UNTUK PENGEDAR BERDAFTAR :

1. Pengedar hendaklah komited dengan peluang perniagaan yang diberikan dan aktif. Pengedar yang tidak aktif atau tidak membuat sebarang pembelian selama 3 (TIGA) bulan berturut-turut akan digugurkan secara automatik daripada senarai pengedar berdaftar. Pihak Syarikat berhak sepenuhnya membatalkan pendaftaran tersebut tanpa keraguan & sebarang pertimbangan adalah di atas budi bicara pihak syarikat.

2. Minimum pembelian adalah 30 bekas kek (size s) bagi setiap pembelian pada bila-bila masa dan sebarang perubahan minimum pembelian adalah tertakluk kepada pihak syarikat dari semasa ke semasa.

3. Pengedar dikehendaki menjaga etika perniagaan dan silaturahim semasa pengedar lain. Sebarang persaingan/ manipulasi harga adalah dilarang sama sekali demi keharmonian semua. Pihak syarikat juga berhak membatalkan serta merta pendaftaran pengedar tanpa keraguan.

4. Pengedar diberi kebebasan sepenuhnya untuk meletakkan label / penjenamaan dan harga jualan.

5. Pihak Adik Anis Cakes tidak bertanggungjawab di atas segala perihal atau masalah yang wujud di antara para pelanggan anda.

6. Pemulangan kek yang rosak hanya diterima dalam masa 3 (TIGA) hari SAHAJA selepas tarikh penerimaan.

7. Semua urusniaga dengan pihak syarikat adalah secara TUNAI(CASH TERMS) & CEK DARI BANK yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Penggunaan cek adalah dibenarkan untuk pembelian bernilai RM100 dan ke atas. Segala pembayaran hendaklah dibuat SEBELUM penerimaan produk.

8. Pembayaran melalui pemindahan wang dari akaun bank dibenarkan tetapi pembayaran hendaklah dibuat SEBELUM penerimaan produk.

9. Cara penyimpanan kek selepas pembelian adalah tanggungjawab pengedar.

10. Pihak syarikat berhak sepenuhnya membatalkan pendaftaran pengedar sekiranya pengedar gagal atau tidak mematuhi garis panduan yang telah dan akan ditetapkan dari semasa ke semasa.

11. Keputusan pihak syarikat adalah muktamad dan sebarang pertimbangan adalah hak pihak syarikat sepenuhnya tanpa keraguan.

No comments:

Post a Comment