JANGAN MALU-MALU MENCUBA
Assalamualaikum #AdikAnisLovers.
Sihat ke? Amboi lama betul kan Cik Adik Anis tak update blog ni. Untuk entry hari ni, Cik Adik Anis nak kongsikan #resepirahsia lagi. Biar semua pun mahir buat kek yang sedap dan lazat! Yummy!!! hehehhehe
Semua dah bersedia ke dengan pen dan kertas di tangan? Okay kalau dah bersedia sila baca dengan teliti dan tenang yea. hehehehe Sebelum ini kalau #AdikAnisLovers perasan, #resepirahsia yang Cik Adik Anis berikan semuanya berkaitan dengan kek kukus. Tapi, hari ini Cik Adik Anis nak kongsikan cara menghasilkan kek bakar pula. Pandangan Cik Adik Anis, kek bakar kalau dimakan panas-panas lebih enak dan marvelous! Superb! Tapi, kek kukus pun sedap jugak. Ish! Semua kek pun sedaplah pada Cik Adik Anis. hehehhehe
Bahan topping :
- 150 gm krim keju
- 60 gm gula aising
- 30 gm mentega
- 1/2 sudu kecil pes lemon
Hiasan :
- 5 biji aprikot kering
- 20 gm kelapa panggang
Cara membuat :
- Campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan sebati
- Taburkan hiasan setelah adunan topping dituang di atas kek
Bahan A :
- 240 gm gula kastor
- 200 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Bahan B :
- 2 biji telur Gred A
- 180 ml minyak masak
- 250 gm lobak merah diparut
- 150 gm nanas tin kiub
- 100 gm walnut panggang dan cincang
- 40 gm kelapa Hawaii
Cara membuat :
- Ayak bahan A
- Masukkan telur dan gula, pukul hingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak
- Campurkan bahan kering sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati
- Masukkan lobak merah, nanas kiub, jus nanas, walnut dan kelapa Hawaii. Kacau sehingga rata.
- Masukkan adunan dalam loyang bersaiz 8/9. Bakar selama 90 minit atau sehingga masak pada suhu 175 darjah Celsius.
- Tuang adunan topping ke atas kek dan hiaskan mengikut kreativiti sebelum dihidang.
See mudah kan. Tapi, sekarang ini Cik Adik Anis tak ada gambar yang boleh dikongsikan. Nanti bila ada Cik Adik Anis upload yea.
#TIPSADIKANISCAKES
Tanda mudah kek bakar sudah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tin selama 30 minit sebelum dikeluarkan.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment