Friday, 5 June 2015

ADIK ANIS DALAM MINGGUAN WANITA LAGI.....

RETIS KAN CIK ADIK ANIS

Assalamualaikum #AdikAnisLovers

Jangan tak percaya Cik Adik Anis keluar dalam MINGGUAN WANITA lagi tau.. Pergghhh famous kan Cik Adik Anis sekarang (meh kertas Cik Adik Anis kasi autograf).. hehehehhehee.. 

Kalau korang semua nak tahu Cik Adik Anis rasa terinspirasi sangat dengan kejayaan Kak Anis CMC. Kalau boleh Cik Adik Anis pun harap company Cik Adik Anis dapat berjaya suatu hari nanti. Sambil tu, dapatla Cik Adik Anis bantu semua agen yang inginkan pendapatan tambahan. Apa kata pepatah tu di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Cover majalah MINGGUAN WANITA JUN 2015

Tapi, Cik Adik Anis nak kasi tahu yang pengambaran majalah ni telah berlangsung hampir setahun yang lalu. Jadinya banyak juga perkembangan yang telah berlaku dalam kilang Cik Adik Anis ni. Macam sekarang Adik Anis Cakes dah dapat sijil MeSTi, dan alhamdulillah sekarang tempahan yang telah diterima pun semakin banyak sampaikan Cik Adik Anis tak menang tangan nak siapkan tempahan tau.

Eh! Eh! Cik Adik Anis terperasan ada kesilapan dalam penulisan dalam majalah tu. Sepatutnya keluaran kami adalah seribu untuk sehari bukannya seribu untuk sebulan. hehehhee.. Lagi satu, kilang Cik Adik Anis bukannya 'dekat dengan kedai kek saya' tapi kilang Cik Adik Anis dekat dengan rumah boss Cik Adik Anis, En. Abdul Hai dan Pn. Sophia Munirah. hehehhee.. Biasala tu manusia yang buat kan tak lepas dari kesilapan. Tak apa Cik Adik Anis maafkan. huhuhuhuu

Dari kanan adik Adam Arif, Pn. Sophia Munirah, Pn Mas Hanum dan Pn Ayifa Laila

Amboii sedapnyaaa kek ttuuuuu.. Minta siket... ehehhehe
So, kalau korang nak tahu cerita yang selanjutnya belilah majalah MINGGUAN WANITA keluaran JUN 2015 ni. 

Wassalam.

Thursday, 4 June 2015

TEMPAHAN KEK AIDILFITRI

KEK EDISI TERHAD AIDILFITRI


TERLIUR DENGAN KEK KELUARAN ADIK ANIS?
INGIN MERIAHKAN LEBARAN TAHUN INI DENGAN LEBIHHHHHHH MENGUJAKAN??
TAPI....
TIDAK PUNYAI BAJET DAN IDEA?
ADIK ANIS ADA JAWAPANNYA!!!!

Assalamualaikum #AdikAnisLovers..

Amboi caption Cik Adik Anis kat atas tu over betulkan. hehehheeee.. Korang rasa teruja ke? Apa tak teruja? Sampainya hatiii korang.. sob sob sob Tapi, tak pe Cik Adik Anis tak nak merajuk lelama. Buang karan je bukan korang nak pujuk pun.. hehehhehe..

Ya Allah.. Lamanya Cik Adik Anis tak update blog niiiiii..... Berhabuk sungguh nampaknya. Maklumlah sekarang kan zaman dah moden teknologi pun dah makin canggih dan maju. Macam-macam cara yang boleh digunakan untuk sampaikan maklumat dengan lebih pantas dan MURAH! Sampaikan blog pun Cik Adik Anis lupa nak update. hehehhehe.. Tapi, demi peminat fanatik Cik Adik Anis, Cik AA tulis juaaaaaa..... (bajet retis betul)

Baiklah, korang mesti dah tengok kan entry Kek Aidilfitri Cik Adik Anis yang lepas kan. Kalau belum klik sini yea..... Untuk entry kali ini Cik Adik Anis nak kasi tawaran menarik untuk semua peminat kek Cik Adik Anis.  Kalau Kek Aidilfitri perlu diambil sendiri di kedai, KEK EDISI TERHAD ini boleh dihantar ke mana-mana. Plus ada SAMPUL AIDILFITRI PERCUMAAAAAA menanti anda..

Tempahan Kek Edisi Terhad Aidilfitri 

Nak tahu macam mana caranya? Ikuti 3 langkah mudah ini:

1) Whatsapp TEMPAHAN ke 018-396 3930 
2) BAYAR dan hantar BUKTI pembayaran 
3) Kek SAMPAI bersama SAMPUL AIDILFITRI anda

Tapi, penerimaan sampul aidilfitri ini hanya terhad kepada pembelian 5 biji kek bagi berat 1/2 kg dan ke atas sahaja tau.

Comelkan SAMPUL AIDILFITRI ADIK ANIS ni kaaaannn..

Close up siket
Jadi tunggu apa lagi?
JOM LAAAAAAAA ORDER CEPAT
**selagi stok masih ada**

Wassalam.

Wednesday, 27 May 2015

TEMPAHAN KEK AIDILFITRI

HAPPINESS IN EVERY BITE


Assalamualaikum #AdikAnisLover

Ini Cik Adik Anis nak kasi tahu yang sekarang ni tempahan kek untuk Aidilfitri sudah di buka!!!!

Terdapat 6 jenis perisa kek yang ditawarkan.
1) Red Velvet
2) Choc Cheese
3) Sponge cake vanilla
4) Sponge cake pandan
5) Sponge cake chocolate
6) Sponge cake strawberry



Tempahan kek ini dibuka sehingga 2 minggu sebelum sambutan Aidilfitri. Jadi tunggu apa lagi? Mai laaaaa tempah ramai-ramai.

Wassalam.

RIUHKAN LEBARAN ANDA DENGAN KELAZATAN KEK DARI ADIK ANIS!!!

Monday, 6 April 2015

LUASKAN JAJAHANMU #ADIKANIS

BERITA GEMBIRA #ADIKANIS!


Assalamualaikum #AdikAnisLovers!

Excited nya Cik Adik Anis nak tulis entry harini. Rasa berbunga-bunga betul. hihihi.. Pada yang follow FB #adikanis mesti kalian dah tahu kan berita apa. Pada yang tidak tahu Cik Adik Anis nak khabarkan pada alam yang #adikanis berjaya menembusi pasaran di SINGAPURA sekarang! Alhamdulillah. Terima kasih pada agen #adikanis di sana terutamanya pada Pn.Anna. Pada yang nak beli dan rasa kek #adikanis ini Cik Adik Anis kongsikan lokasi agen kami di Singapura:\

Meera 98002541 - CCK
Julllie 97898144 - BT PANJANG
Fyda 86064602 - SENGKANG
Dewi 87005826 - SENGKANG
Ellah 96527200 - COMPASSVALE/ PUNGGOL
Roslina 91282566 - WOODLANDS


Biarpun April adalah bulan yang tidak ingin dilalui oleh penduduk Malaysia memandangkan GST dilaksanakan. Tetapi, pada Cik Adik Anis sangat gembira kerana pada bulan April ini #adikanis telah berjaya memasuki SINGAPURA. Oversea tu uuoollss.. Bangga betul Cik Adik Anis. 

Dan, yang lebih menggembirakan hati Cik Adik Anis, kek #adikanis telah SOLD OUT dalam masa 2 hari. Alhamdulillah untuk sokongan yang diberikan oleh warga Singapura.


InshaAllah nantikan luasan jajahan #adikanis di kawasan anda!

Fikiran positif selalunya menghasilkan impak yang positif.

Wassalam.

Thursday, 26 March 2015

GST BUKAN MASALAH LAGI

AYUH SERTAI KAMI!

Assalamualaikum #AdikAnisLover.

PENDAPATAN ANDA TIDAK MENCUKUPI?
KOS SARA HIDUP TERLALU TINGGI?
TERBEBAN DENGAN HUTANG BERPANJANGAN?

MAHUKAN JALAN PENYELESAIAN?
AYUH! SERTAI FAMILY #ADIKANISCAKES!

Sana sini Cik Adik Anis dengar orang bercakap pasal GST! Harga barang sana bakal naik. Kedai pun sini bakal jual mahal. Harga mencekik ke darah! Mengeluh! Mengutuk! Mencemuh! Ketahuilah daripada kalian semua mengeluh ada baiknya kalian mencari jalan penyelesaian. Teringat Cik Adik Anis akan pepatah "dengan keluhan, masalah tidak akan dapat diselesaikan".

Habis tu apa yang kalian boleh lakukan?

USAHA!
Alif waw sin alif haa alif. U-SA-HA!

Oleh sebab itu, Cik Adik Anis nak ajak semua #AdikAnisLovers sertai #FamilyAdikAnis dengan menjadi stokis atau agen #adikanis. Ini bukanlah bermakna anda perlu berhenti daripada kerja sekarang. TIDAK! Maksud Cik Adik Anis jika anda telah mempunyai pekerjaan jadikan pekerjaan menjual kek ini sebagai kerja sampingan anda. Tetapi, jika anda suri rumah anda boleh lakukan secara sepenuh masa.

Kenapa?
Apa yang untungnya sertai #FamilyAdikAnis ni?

Cik Adik Anis tahu ramai yang tertanya boleh untung ke dengan jual kek? InsyAllah Cik Adik Anis sangat positif dalam perniagaan. Malah, kalau kalian pernah dengar pasal Anis Chocolate Moist? Itulah mentor #adikanis dalam bidang perniagaan. Anis CMC telah berjaya membuktikan dengan hanya menjual kek, kita mampu untuk teruskan hidup di samping membantu orang lain.

Jika ada yang berminat hubungi Cik Adik Anis di talian 018-396 3930.


Adalah lebih baik jika diberikan kayu pancing daripada diberikan ikan.

Wassalam.

Thursday, 19 March 2015

#RESEPIRAHSIA KEK CARROT KEJU

JANGAN MALU-MALU MENCUBA


Assalamualaikum #AdikAnisLovers.

Sihat ke? Amboi lama betul kan Cik Adik Anis tak update blog ni. Untuk entry hari ni, Cik Adik Anis nak kongsikan #resepirahsia lagi. Biar semua pun mahir buat kek yang sedap dan lazat! Yummy!!! hehehhehe

Semua dah bersedia ke dengan pen dan kertas di tangan? Okay kalau dah bersedia sila baca dengan teliti dan tenang yea. hehehehe Sebelum ini kalau #AdikAnisLovers perasan, #resepirahsia yang Cik Adik Anis berikan semuanya berkaitan dengan kek kukus. Tapi, hari ini Cik Adik Anis nak kongsikan cara menghasilkan kek bakar pula. Pandangan Cik Adik Anis, kek bakar kalau dimakan panas-panas lebih enak dan marvelous! Superb! Tapi, kek kukus pun sedap jugak. Ish! Semua kek pun sedaplah pada Cik Adik Anis. hehehhehe 

Bahan topping :
- 150 gm krim keju
- 60 gm gula aising
- 30 gm mentega
- 1/2 sudu kecil pes lemon

Hiasan :
- 5 biji aprikot kering
- 20 gm kelapa panggang

Cara membuat :
- Campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan sebati
- Taburkan hiasan setelah adunan topping dituang di atas kek

Bahan A :
- 240 gm gula kastor
- 200 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Bahan B :
- 2 biji telur Gred A
- 180 ml minyak masak
- 250 gm lobak merah diparut
- 150 gm nanas tin kiub
- 100 gm walnut panggang dan cincang
- 40 gm kelapa Hawaii

Cara membuat :
- Ayak bahan A
- Masukkan telur dan gula, pukul hingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak
- Campurkan bahan kering sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati
- Masukkan lobak merah, nanas kiub, jus nanas, walnut dan kelapa Hawaii. Kacau sehingga rata.
- Masukkan adunan dalam loyang bersaiz 8/9. Bakar selama 90 minit atau sehingga masak pada suhu 175 darjah Celsius.
- Tuang adunan topping ke atas kek dan hiaskan mengikut kreativiti sebelum dihidang.

See mudah kan. Tapi, sekarang ini Cik Adik Anis tak ada gambar yang boleh dikongsikan. Nanti bila ada Cik Adik Anis upload yea. 

#TIPSADIKANISCAKES
Tanda mudah kek bakar sudah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tin selama 30 minit sebelum dikeluarkan. 

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 17 March 2015

PASTIKAN KEDUDUKAN #ADIKANISCAKES

NIKMATI KEENAKAN KEK RED VELVET DARI RED VELVET SPECIALIST!


Assalamualaikum #AdikAnisLovers.

Ini Cik Adik Anis nak share something ni. Semalam ada seorang pelanggan yang datang ke kedai #adikaniscakes di Kajang dan dia tanya pada Cik Adik Anis cara mendapatkan #adikaniscakes selain di sini. Katanya susah nak datang ke Kajang semata-mata nak beli kek Red Velvet. So, Cik Adik Anis pun kongsilah lokasi terdekat yang boleh pelanggan tu pergi dan dapatkan #adikaniscakes. Kalau semua pun nak tahu, #adikaniscakes terdapat di lebih 30 cawangan Stesen Service PETRONAS Lembah Klang. 

SUMBER : GOOGLE IMAGE
Dapatkan #adikaniscakes di PSS berhampiran Shah Alam-Puchong seperti berikut :

- SKVE
- BUKIT JELUTONG
- METAFASA
- SUBANG BESTARI
- KG BHARU
- SEKSYEN 13
- SEKSYEN 6
- PERSIARAN KAYANGAN
- SEKSYEN 15
- SEKSYEN 22
- PERSIARAN JUBLI PERAK
- KM 2 LDP
- PUCHONG GATEWAY

Dapatkan #adikaniscakes di PSS berhampiran Bangi-Kajang-Putrajaya-Cyberjaya-Puchong seperti berikut :

- KAJANG BATU 1
- PRIMA SAUJANA 1
- PRIMA SAUJANA 2
- GRAND SAGA 2
- PUCHONG MERANTI JAYA
- PRESINT 9
- PERSIARAN APEC
- ARAFOIL RESOURCES

Dapatkan #adikaniscakes di PSS berhampiran Cheras-Balakong seperti berikut :

- GRAND SAGA 1
- ALAM DAMAI
- LEN SENG
- BANDAR ALAM DAMAI
- DAMAI PERDANA
- BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
- CHERAS PERDANA
- TAMAN TAMING JAYA
- BALAKONG

Ayuh serbu ke PSS berhampiran dan dapatkan #adikaniscakes.

HAPPINESS IN EVERY BITE!