Thursday, 26 March 2015

GST BUKAN MASALAH LAGI

AYUH SERTAI KAMI!

Assalamualaikum #AdikAnisLover.

PENDAPATAN ANDA TIDAK MENCUKUPI?
KOS SARA HIDUP TERLALU TINGGI?
TERBEBAN DENGAN HUTANG BERPANJANGAN?

MAHUKAN JALAN PENYELESAIAN?
AYUH! SERTAI FAMILY #ADIKANISCAKES!

Sana sini Cik Adik Anis dengar orang bercakap pasal GST! Harga barang sana bakal naik. Kedai pun sini bakal jual mahal. Harga mencekik ke darah! Mengeluh! Mengutuk! Mencemuh! Ketahuilah daripada kalian semua mengeluh ada baiknya kalian mencari jalan penyelesaian. Teringat Cik Adik Anis akan pepatah "dengan keluhan, masalah tidak akan dapat diselesaikan".

Habis tu apa yang kalian boleh lakukan?

USAHA!
Alif waw sin alif haa alif. U-SA-HA!

Oleh sebab itu, Cik Adik Anis nak ajak semua #AdikAnisLovers sertai #FamilyAdikAnis dengan menjadi stokis atau agen #adikanis. Ini bukanlah bermakna anda perlu berhenti daripada kerja sekarang. TIDAK! Maksud Cik Adik Anis jika anda telah mempunyai pekerjaan jadikan pekerjaan menjual kek ini sebagai kerja sampingan anda. Tetapi, jika anda suri rumah anda boleh lakukan secara sepenuh masa.

Kenapa?
Apa yang untungnya sertai #FamilyAdikAnis ni?

Cik Adik Anis tahu ramai yang tertanya boleh untung ke dengan jual kek? InsyAllah Cik Adik Anis sangat positif dalam perniagaan. Malah, kalau kalian pernah dengar pasal Anis Chocolate Moist? Itulah mentor #adikanis dalam bidang perniagaan. Anis CMC telah berjaya membuktikan dengan hanya menjual kek, kita mampu untuk teruskan hidup di samping membantu orang lain.

Jika ada yang berminat hubungi Cik Adik Anis di talian 018-396 3930.


Adalah lebih baik jika diberikan kayu pancing daripada diberikan ikan.

Wassalam.

Thursday, 19 March 2015

#RESEPIRAHSIA KEK CARROT KEJU

JANGAN MALU-MALU MENCUBA


Assalamualaikum #AdikAnisLovers.

Sihat ke? Amboi lama betul kan Cik Adik Anis tak update blog ni. Untuk entry hari ni, Cik Adik Anis nak kongsikan #resepirahsia lagi. Biar semua pun mahir buat kek yang sedap dan lazat! Yummy!!! hehehhehe

Semua dah bersedia ke dengan pen dan kertas di tangan? Okay kalau dah bersedia sila baca dengan teliti dan tenang yea. hehehehe Sebelum ini kalau #AdikAnisLovers perasan, #resepirahsia yang Cik Adik Anis berikan semuanya berkaitan dengan kek kukus. Tapi, hari ini Cik Adik Anis nak kongsikan cara menghasilkan kek bakar pula. Pandangan Cik Adik Anis, kek bakar kalau dimakan panas-panas lebih enak dan marvelous! Superb! Tapi, kek kukus pun sedap jugak. Ish! Semua kek pun sedaplah pada Cik Adik Anis. hehehhehe 

Bahan topping :
- 150 gm krim keju
- 60 gm gula aising
- 30 gm mentega
- 1/2 sudu kecil pes lemon

Hiasan :
- 5 biji aprikot kering
- 20 gm kelapa panggang

Cara membuat :
- Campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan sebati
- Taburkan hiasan setelah adunan topping dituang di atas kek

Bahan A :
- 240 gm gula kastor
- 200 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Bahan B :
- 2 biji telur Gred A
- 180 ml minyak masak
- 250 gm lobak merah diparut
- 150 gm nanas tin kiub
- 100 gm walnut panggang dan cincang
- 40 gm kelapa Hawaii

Cara membuat :
- Ayak bahan A
- Masukkan telur dan gula, pukul hingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak
- Campurkan bahan kering sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati
- Masukkan lobak merah, nanas kiub, jus nanas, walnut dan kelapa Hawaii. Kacau sehingga rata.
- Masukkan adunan dalam loyang bersaiz 8/9. Bakar selama 90 minit atau sehingga masak pada suhu 175 darjah Celsius.
- Tuang adunan topping ke atas kek dan hiaskan mengikut kreativiti sebelum dihidang.

See mudah kan. Tapi, sekarang ini Cik Adik Anis tak ada gambar yang boleh dikongsikan. Nanti bila ada Cik Adik Anis upload yea. 

#TIPSADIKANISCAKES
Tanda mudah kek bakar sudah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tin selama 30 minit sebelum dikeluarkan. 

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 17 March 2015

PASTIKAN KEDUDUKAN #ADIKANISCAKES

NIKMATI KEENAKAN KEK RED VELVET DARI RED VELVET SPECIALIST!


Assalamualaikum #AdikAnisLovers.

Ini Cik Adik Anis nak share something ni. Semalam ada seorang pelanggan yang datang ke kedai #adikaniscakes di Kajang dan dia tanya pada Cik Adik Anis cara mendapatkan #adikaniscakes selain di sini. Katanya susah nak datang ke Kajang semata-mata nak beli kek Red Velvet. So, Cik Adik Anis pun kongsilah lokasi terdekat yang boleh pelanggan tu pergi dan dapatkan #adikaniscakes. Kalau semua pun nak tahu, #adikaniscakes terdapat di lebih 30 cawangan Stesen Service PETRONAS Lembah Klang. 

SUMBER : GOOGLE IMAGE
Dapatkan #adikaniscakes di PSS berhampiran Shah Alam-Puchong seperti berikut :

- SKVE
- BUKIT JELUTONG
- METAFASA
- SUBANG BESTARI
- KG BHARU
- SEKSYEN 13
- SEKSYEN 6
- PERSIARAN KAYANGAN
- SEKSYEN 15
- SEKSYEN 22
- PERSIARAN JUBLI PERAK
- KM 2 LDP
- PUCHONG GATEWAY

Dapatkan #adikaniscakes di PSS berhampiran Bangi-Kajang-Putrajaya-Cyberjaya-Puchong seperti berikut :

- KAJANG BATU 1
- PRIMA SAUJANA 1
- PRIMA SAUJANA 2
- GRAND SAGA 2
- PUCHONG MERANTI JAYA
- PRESINT 9
- PERSIARAN APEC
- ARAFOIL RESOURCES

Dapatkan #adikaniscakes di PSS berhampiran Cheras-Balakong seperti berikut :

- GRAND SAGA 1
- ALAM DAMAI
- LEN SENG
- BANDAR ALAM DAMAI
- DAMAI PERDANA
- BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
- CHERAS PERDANA
- TAMAN TAMING JAYA
- BALAKONG

Ayuh serbu ke PSS berhampiran dan dapatkan #adikaniscakes.

HAPPINESS IN EVERY BITE!

Saturday, 14 March 2015

#RESEPIRAHSIA KEK COKLAT INDULGENCE

ANDA PUN BOLEH HASILKAN!


Assalamualaikum #AdikAnisLovers.

Macam yang Cik Adik Anis dah janjikan pagi tadi, malam ni Cik Adik Anis nak kongsikan #resepirahsia kek coklat indulgence yang semua pun pasti menggemarinya. Cik Adik Anis pun suka sangat. Walaupun perut dah kenyang tapi bila disorong kek coklat indulgence pasti Cik Adik Anis takkan tolak. Maklumlah favorite cake Cik Adik Anis ni. hehhehee. 

Sebelum Cik Adik Anis kongsikan bahan-bahan dan cara membuatnya, Cik Adik Anis nak share dulu gambar-gambar kek coklat indulgence yang Cik Adik Anis dah hasilkan.

Kek seberat 1 kg sebelum deko


Selepas deko

Kek seberat 100 gm

Amacam ada rasa teringin nak buat tak? Kalau teringin boleh lah ikut #resepirahsia yang Cik Adik Anis nak share kan ni.

Bahan-bahan (topping) :
- 50 gm coklat bar/ coklat keping
- 250 gm krim keju
- 30 gm krim well
- 80 gm gula aising
- 2 sudu kecol esen vanila
- sedikit susu penuh krim (mengikut kecairan yang dikehendaki)

Cara membuat :
- Puluk krim keju, esen vanila, krim well dan gula aising hingga kembang dan sebati
- Masukkan susu penuh krim sedikit demi sedikit sehingga dapat kecairan yang dihendaki
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian iaitu, A dan B
- Bahagian A dicampurkan dengan coklat yang sudah dicairkan menggunakan kaedah double boiler. Kacau sehingga sebati.

Bahan A :
- 250 gm tepung gandum
- 70 gm serbuk koko
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 250 gm gula
- 1 sudu kecil garam

Bahan B :
- 4 biji telur gred A
- 325 ml minyak masak
- 127 ml susu pekat
- 1 sudu besar esen vanila
- 100 ml air panas (ikut tahap kelembapan yang dikehendaki)

Cara membuat :
- Ayak bahan A
- Pukul dan masukkan telur, gula, garam, minyak masak dan esen vanila sehingga sebati
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga sebati
- Campurkan bahan kering dan air panas secara berselang seli sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.
- Masukkan adunan dalam loyang atau bekas plastik. Kukus selama 40-50 minit untuk loyang bersaiz besar. 20-30 minit untuk loyang bersaiz kecol
- Pastikan loyang atau bekas plastik ditutup supaya air kukusan tidak masuk ke dalam adunan kek semasa mengukus
- Tuang adunan topping B selapis diikuti adunan topping A selapis ke atas kek. Deko kek mengikut citarasa
- Sedia untuk dihidang

See senang je kan. Hanya sejam dan hasilnya sangat memuaskan hati kan!

Untuk entry akan datang Cik Adik Anis akan share kan #resepirahsia kek mentega keju! Nantikan ya!

#TIPSADIKANIS
Jangka hayat kek boleh dipanjangkan namun ia bergantung kepada cara penyimpanan kek tersebut. Untuk memastikan kek dapat bertahan selama seminggu balut kek dengan kertas aluminium atau pembalut plastik. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Jika anda ingin menggunakan kek tersebut, kukus semula kek yang telah disimpan, deko dan hidang!

SELAMAT MENCUBA!

Fihifzillah. Wassalam.

HINGGA KE SYURGA

KEK PERKAHWINAN RED VELVET 



Assalamualaikum #AdikAnisLovers.

Pagi ni Cik Adik Anis nak share laju-laju gambar kek Red Velvet yang Cik Adik Anis dah deco semalam dengan menggunakan resepi rahsia yang Cik Adik Anis kasi haritu. 





Wahhhh!! Comel kan. Apapun Cik Adik Anis ucapkan TAHNIAH kepada Cik Ain dan pasangan atas perkahwinan yang berlangsung pada hari ini. Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Amin.

Dan kalau semua #AdikAnisLovers nak resepi rahsia Kek Coklat Indulgence pula nantikan entry Cik Adik Anis yang seterusnya ya. 

Fihifzillah. Wassalam.


Friday, 13 March 2015

MeSTI! MeSTI! MESTILAH #ADIKANISCAKES

#ADIKANIS DAH ADA MeSTI

MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI


Assalamualaikum #AdikAnisLovers.

Pagi Jumaat yang mulia ini, Cik Adik Anis nak cerita dekat semua yang sekarang ini #adikaniscakes dah dapat sijil MeSTI secara rasmi dua minggu yang lalu tau. Alhamdulillah. Tapi, kenapa Cik Adik Anis nampak macam ada yang berkerut dahi tu? Eh! Eh! Ada yang tak tahu apa itu MeSTI? Tak apa meh Cik Adik Anis share apa yang Cik Adik Anis tahu pasal MeSTI ini.

MeSTI adalah akronim kepada Makanan Selamat Tanggungjawab Industri. Skim MeSTI memberi kemudahan kepada enterpris makanan terutamanya Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Secara ringkasnya, Cik Adik Anis boleh rumuskan yang Skim MeSTI ini adalah sijil asas pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada syarikat industri makanan. 

Ini adalah logo rasmi MeSTI dari KKM.


Dan ini adalah Sijil MeSTI daripada KKM kepada Cik Adik Anis. Eh kepada Adik Anis Cakes lah! hehehehhee. 


Selain daripada sijil MeSTI, #adikaniscakes juga menggunakan logo Muslim Products. Macam yang dekat bawah ni. Logo ini memberi erti yang produk tersebut telah dihasilkan oleh orang muslim. InshaAllah terjamin keselamatnya. 

Cik Adik Anis tahu mesti ada antara #AdikAnisLovers yang tertanya-tanya #adikaniscakes ni tak ada sijil HALAL ke? Jangan risau, sekarang ni #adikaniscakes sedang berusaha memohon sijil HALAL. Cik Adik Anis harap semua #AdikAnisLover dapat doakan semoga #adikaniscakes cepat-cepat dapat sijil HALAL yea. Tapi walaupun #adikaniscakes masih belum dapat sijil HALAL, Cik Adik Anis nak tekankan disini yang bahan-bahan digunakan adalah HALAL yea. InshaAllah.

Oh! Cik Adik Anis nyaris terlupa nak ucapkan TAHNIAH kepada Kak Munirah (Boss) atas kelahiran anak kelima beliau pada 28 Februari 2015 yang lepas. Kiranya tarikh 28 Februari ini tarikh gembira buat semua Cik-cik Adik Anis sebab Kak Munirah selamat lahirkan anak dan #adikaniscakes secara rasmi mendapat sijil MeSTI. Alhamdulillah.

Rasanya sampai disini sahaja entry Cik Adik Anis. Fihifzillah #AdikAnisLovers.

Wassalam.

Thursday, 12 March 2015

SEBAB SAYANG NAK MAKAN!

KEK DECO #adikanis SURE MENGANCAM!

NAK MAKAN PUN SAYANG!


Assalamualaikum,
Hai #AdikAnisLovers!!!

Harini Cik Adik Anis rasa penat sangat-sangat. Nak update entry pun rasa malas. Tapi, sebab Cik Adik Anis tahu yang #AdikAnisLovers mesti tertunggu-tunggu entry harini jadi Cik Adik Anis pun gagahkan diri menaip. Cewahhh.. (bajet macam ramai je followers kan) ehhehhhee.. So, kalau ayat Cik Adik Anis lintang pukang tu kira pejam je mata ye.

Inilah yang Cik Adik Anis nak cerita sebab Cik Adik Anis penat sangat harini. Sebabnya semalam Cik Adik Anis siapkan banyak tempahan kek deco. Sampaikan tidur pun mimpikan kek tau. Ish! Ish! Ish! Parah sangat dah ni kan. hehehehe.. Nanti Cik Adik Anis share gambar kek deco yang dah siap tu yea.

Sekarang ni, Cik Adik Anis nak kasi tahu yang #adikaniscakes menerima tempahan kek deco dari mana-mana individu, tadika, taska, sekolah, perkahwinan, pertunangan dan semualah. #adikaniscakes pun ada beberapa pakej menarik yang boleh ditawarkan. Kalau #AdikAnisLovers nak tahu kena laaa tunggu entry yang akan datang. 

So, jamulah mata #AdikAnisLovers dengan gambar kek deco yang telah #adikaniscakes hasilkan. Mata je dulu sebab kalau nak jamu perut kenalah tempah kek dekat #adikaniscakes.






























Inilah Cik-cik Adik Anis yang dah bertungkus lumus mendeko 
Amboiii sedapnyaaaa kek deco ni kan. Sampai nak makan pun sayang. hehehehee

Kalau para #AdikAnisLovers nak tahu secara terperinci jenis kek, harga, syarat tempahan dan semuanya tunggukan entry akan datang yea. Sebab sekarang pun dah tengah hari. Cik Adik Anis nak pergi lunch kejap! #AdikAnisLovers pun kena lunch. Jangan asyik kerja sahaja. Dan pastikan minum banyak air suam. Cuaca panas ni. 

Babai.. Wassalam.

Wednesday, 11 March 2015

KEK YANG PASTINYA BUAT ANDA LAPAR!

SENARAI KEK #adikanis YANG SUPERLICIOUS!

TENGOK PUN DAH TERLIUR KAN!


Assalamualaikum.
Hai #AdikAnisLovers semua!!!

Amacam dah try ke buat kek RED VELVET SUPER SEDAP yang Cik Adik Anis kongsikan semalam? Apa belum? Kalau belum #AdikAnisLover boleh klik sini untuk baca entry yang lepas yea. 

Kalau ada yang dah cuba, Cik Adik Anis nak juga tahu jadi tak? Apa terlebih masin? No! No! No! Kurangkan garam tu yea. Atau terlebih manis? Pun tak boleh manis sangat tau! Tak elok untuk kesihatan. Lagipun Cik Adik Anis percaya yang #AdikAnisLover semua dah cukup manis dengan senyuman. Kan! So, kurangkan gula siket yea sayang-sayang sekalian.

Kalau semalam Cik Adik Anis kongsikan resepi RED VELVET yang SUPER SEDAP. Harini Cik Adik Anis nak senaraikan kek #adikanis yang superlicious. Tak perlu kata apa-apa, biar gambar berbicara. ;)

Blueberry Cheese

Chocolate Toffee

Chocolate Strawberry Cheese

Chocolate Moist 

Chocolate Cheese

Green Velvet

Marie Layer

Oreo Cheese

Tiramisu
Macam mana? Ada yang dah berkenan di hati ke? Atau ada yang dah terliur? Jangan risau Cik Adik Anis akan kongsikan RAHSIA RESEPI untuk semua kek ini pada entry akan datang.

EH! EH! Ada lagi gambar yang Cik Adik Anis nak share lah! 









GLUPPP!!! Sedapnyaaa..
Cik Adik Anis pun terliur dah tengok ni. Nak pi makan kek lah!

Babaiii #AdikAnisLovers!

#TIPSADIKANISCAKES
Jika coklat yang digunakan berketul-ketul, tambahkan satu hingga dua potongan kecil mentega putih atau minyak goreng, kacau hingga coklat licin semula.

INILAH RAHSIA KEK SUPER SEDAP KAMI DI ADIK ANIS!
SELAMAT MENCUBA!